Thursday 11 September 2014

Salam Jumaat, Salam penghulu segala hari.

Alhamdulillah, hari ini gerak kerja 2kali Community santai setelah selesai mengemas semua barang yang akan dijual pada minggu ini. InshaAllah minggu ni kami akan berada di Car Boot Sales Lembah Keramat, KL. Temui kami seawal jam 8 pagi sehingga 7 petang, InshaAllah. Semoga usaha ini akan diberkati Allah.

Saksikan video yang 2kali Community sediakan untuk maklumat semua. Terima kasih kerana masih setia bersama kami.





Preloved4charity di Car Boot Sales

Wednesday 10 September 2014

Assalamualaikum dear all.
Alhamdulillah, sepanjang program Preloved4Charity dijalankan, ramai yang tampil untuk memberikan sumbangan tak kira berbentuk pakaian, dan barangan. Skuad 2kali Community sibuk menerima dan menyusun semula barangan yang disumbangkan. Barangan yang diterima juga masih elok dan cantik. Jom tengok apa yang kami ada.








Tangan yang memberi..

Assalamualaikum dear all,

Video ini mengumpulkan koleksi gambar-gambar yang telah diambil ketika lawatan pertama kami ke Pusat Jagaan OKU Nur. Selamat Menonton!





Sejenak bersama

Wednesday 20 August 2014

Assalamualaikum wbt dam Salam mesra buat semua pembaca.

Hari ni admin akan memperkenalkan ahli-ahli dalam 2KALI COMMUNITY. Almaklum lah, mesti ramai yang tertanya-tanya siapa kami sebenarnya. Jom 'ice-breaking'! =)




Hetty Nur Elysna Binti Mazlan
Mesra dipanggil Alys, sangat komited dalam tugasan beliau khususnya bagi menjayakan program ini. Seorang gadis yang lincah dan aktif dan inshaAllah sedia menggalas tugasnya sebagai ketua program.









Nor Akma Binti Johan
Seorang yang sangat teliti dan sentiasa mencuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan dan ketangkasan beliau dalam tugasannya menaikkan semangat pasukan.








Muhammad 'Aziem Bin Maseri
Komunikasi merupakan kemahiran beliau, sangat mesra dan mempunyai semangat dalam setiap yang dilakukan beliau. Beliau merupakan pihak yang bertanggungjawab mempromosikan program ini.







Kenzey Bin Lotuin
Jejaka Sabah ini mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan. Diam-diam ubi berisi, jejaka Sabah yang mesra dipanggil Ken ini sering memberi kejutan dalam kerja-kerja beliau.






Mohamad Faisal Zharif Bin Ahmad Kamil
Seorang yang agak pendiam tapi berubah sepenuhnya sebaik melakukan tugas dan bertemu dengan orang lain. Peramah dan gemar mengusik untuk memeriahkan suasana.







Muhammad Zunnur 'Afif Bin Jamaly
Bertanggungjawab dalam menghasilkan sebarang design dan keperluan promosi. Sangat komited dalam melakukan kerja beliau dalam menghasilkan sebarang rekaan grafik yang menarik untuk paparan.






Connieliah Watie Binti Awang
Admin dan webmaster untuk paparan di laman-laman social. Saya akan mengendalikan blog ini dan inshaAllah akan sentiasa cuba untuk memberikan maklumat-maklumat dan paparan yang menarik untuk anda semua.








Komuniti ini ditubuhkan bagi menjalankan Program Corporate Social Responsibility di mana kami terlibat dalam membantu Pusat Jagaan OKU Nur dalam mencari dana dan memberikan bantuan dari segi keperluan harian mereka. Komuniti ini bergerak 24 jam sehari selama 7 minggu di mana pada masa ini kami berpusat di Skali Group Sdn. Bhd yang terletak di Menara Sentul. Dalam usaha kami untuk mencari dana, PRELOVED4CHARITY telah dilaksanakan. Selain mengumpul barangan terpakai yang masih elok untuk dijual semula, kami juga berusaha membantu orang ramai yang mempunyai masalah untuk menyimpan dan menyisihkan barangan yang tidak digunakan lagi, InshaAllah, semoga usaha ini akan mendapat kerjasama semua dengan jayanya. Amin.

KOMUNITI 2KALI

Assalamualaikum wbt dan Salam Mesra buat para pembaca.

Tak kenal maka tak cinta kan? So, hari ni admin nak mengajak semua orang untuk mengenali Pusat Jagaan OKU Nur iaitu rumah yang terpilih untuk program Preloved4Charity ni.

Pusat Jagaan OKU Nur ini terletak di Taman Tasik Titiwangsa. Laluan ke rumah ini agak mudah untuk ditemui memandangkan rumah ini satu-satunya rumah yang masih belum diubah-suai dan tidak bertingkat.

Pusat jagaan OKU Nur di tengah-tengah kawasan taman dan mudah dikenal pasti kerana papan tanda yang terdapat di hadapan rumah.


Pusat ini menyediakan perkhidmatan penjagaan selama 24 jam sama ada bagi golongan OKU atau warga tua. Bagi mereka yang masih mempunyai waris, mereka boleh menempatkan ahli keluarga mereka yang mengalami masalah kelainan upaya untuk penjagaan yang lebih rapi di sini ataupun memilih perkhidmatan penjagaan harian iaitu pada waktu pagi hingga petang.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan mereka,atau ingin menyalurkan sumbangan
bolehlah datang ke Pusat Jagaan OKU Nur sendiri atau menghubungi Puan Normah Adlan.


Puan Normah Adlan

No Telefon: 03-4021 4791 / 012-673 1816
No Akaun CIMB : 1416 0017 533 058 (Pusat Jagaan Titian OKU Nur)

Pusat Jagaan OKU Nur

Tuesday 19 August 2014

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt , Salam sejahtera, Salam perkenalan dari kami.




PreLoved4Charity merupakan salah satu program Corporate Service Responsibility yang dilaksanakan oleh 2KALI COMMUNITY, di bawah naungan SKALI GROUP SDN.BHD.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengumpulkan dana dari segi kewangan dan barangan untuk disalurkan kepada Pusat Jagaan OKU Nur yang terletak di Taman Tasik Titiwangsa. Pusat Jagaan ini dikendalikan oleh Puan Normah Adlan sepenuhnya dengan dibantu oleh 8 orang staff keseluruhannya dan menempatkan hampir 30 Orang Kelainan Upaya sama ada dari segi fizikal dan mental dan merupakan Pusat Jagaan yang beroperasi melalui bantuan dari NGO, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sumbangan dari masyarakat.

Untuk makluman, lokasi terkini Pusat jagaan ini merupakan lokasi kedua rumah ini. Lokasi ini juga dijangka akan berubah kerana rumah yang disewa sekarang akan dilelong dan ini menyebabkan pusat jagaan ini terpaksa berpindah sekali lagi. Mereka amat memerlukan rumah yang berada di lokasi yang strategik iaitu rumah di sekitar Kuala Lumpur yang hampir dengan hospital, balai polis dan balai bomba yang memudahkan pergerakan sekiranya berlaku kecemasan. Selain daripada itu, keperluan kritikal seperti lampin dewasa, bahan-bahan masakan (kering atau basah) amat diperlukan buat masa ini.

Program ini merupakan satu usaha murni untuk mengumpulkan barang-barang terpakai yang masih dalam keadaan baik untuk dijual semula (preloved item seperti pakaian, kasut, beg dan barangan elektrik)). Barangan ini akan diperolehi melalui sumbangan orang ramai khasnya mereka yang berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur khususnya.

Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang sudi untuk menyewakan rumah yang sesuai, rumah corner lot dan mudah untuk pergerakan warga Pusat Jagaan OKU, bolehlah menyarankan di sini atau anda boleh menghubungi pihak kami di nombor yang tertera di bawah. Barangan yang ingin disumbangkan juga boleh dihantar ke alamat di bawah atau bolehlah menghubungi wakil kami untuk kutipan di sekitar Kuala Lumpur.

Penghantaran:

Alysna Kim,
43-1-8, Sentul Perdana,Bandar Baru Sentul,
51000, Kuala Lumpur.

Aziem Farhan,
Gombak / Selayang/ Wangsa Maju/ Setapak (017-2442258)

Admin :
Zunnur - 0102184561
Connie- 0178617844

Sebarang pertanyaan, persoalan dan urusan boleh hubungi nombor yang tertera sama ada sma/call/whatsapp. Semoga, usaha ini akan diberkati oleh Allah SWT dan sama-sama menyumbang ke saham akhirat kita kelak. InshaAllah, amin.

Salam Perkenalan